KOTA BHARU: Bapa kepada pelajar Tingkatan Satu, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin yang maut dipercayai dirempuh kenderaan dipandu guru wanita di hadapan surau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, tengah hari semalam, reda dengan ketentuan dan memaafkan guru berkenaan.
Menurut Buletin TV3 Mohd Azaudin Abdullah, 43, dia menyerahkan sepenuhnya kepada siasatan polis berhubung kejadian itu.
“Di pihak saya sebagai bapa, saya memaafkan guru berkenaan. Saya juga reda dengan takdir yang menimpa anak saya dan kami sekeluarga.
“Malah ketika berada di lokasi semalam pun sebaik melihat jasad anak terbujur kaku, saya hanya bertanya siapa yang melanggar anak saya dan guru berkenaan mengaku bahawa dia yang melanggar Fatimatul Hawa.
“Namun saya tidak berkata apa-apa termasuk memarahi dan sebagainya sebaliknya hanya berdiam diri,” katanya.
Terdahulu, guru yang dipercayai merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah yang mengakibatkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut tengah hari semalam.








