theme-sticky-logo-alt
April 9, 2026
231 Views

“Jangan Beli Sampai Empat Atau Lima Kampit,”-Mohamad Sabu

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli beras secara berlebihan melebihi keperluan bulanan, memandangkan bekalan bahan makanan itu di negara ini kekal stabil kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu “Kalau kebiasaan kita makan dua kampit beras sebulan, kekalkan dua kampit itu. Jangan beli sampai empat atau lima kampit kerana pembelian panik boleh... Read More

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli beras secara berlebihan melebihi keperluan bulanan, memandangkan bekalan bahan makanan itu di negara ini kekal stabil kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu

“Kalau kebiasaan kita makan dua kampit beras sebulan, kekalkan dua kampit itu. Jangan beli sampai empat atau lima kampit kerana pembelian panik boleh menyebabkan kemerosotan bekalan di pasaran dan akan ada peniaga yang naikkan harga,”

“Beras kita insya-Allah tidak ada masalah sekurang-kurangnya sampai hujung tahun ini dengan harga yang ada sekarang, jadi saya ingin tegaskan sekali lagi jangan ada pembelian panik,”katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Program Gelombang Padi Sarawak di Dewan Nangkai, Stumbin di Sri Aman hari ini – Bernama

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading