theme-sticky-logo-alt
May 24, 2026
198 Views

“Anwar Bertanggungjawab Atas Ketegangan Kaum Di Negara Ini”, -Rafizi Ramli

Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bertanggungjawab atas kegagalan kerajaan meredakan ketegangan kaum dan agama di negara ini. Menurut Malaysia Kini, bekas timbalan presiden PKR itu, keadaan tersebut berlaku kerana Anwar terlalu berhati-hati dalam menangani isu perkauman kerana bimbang menimbulkan kemarahan Umno. “Kenapa Datuk Seri Anwar gagal menangani isu itu ialah... Read More

Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bertanggungjawab atas kegagalan kerajaan meredakan ketegangan kaum dan agama di negara ini.

Menurut Malaysia Kini, bekas timbalan presiden PKR itu, keadaan tersebut berlaku kerana Anwar terlalu berhati-hati dalam menangani isu perkauman kerana bimbang menimbulkan kemarahan Umno.

“Kenapa Datuk Seri Anwar gagal menangani isu itu ialah soal Akmal.

“Kerana dia terlalu berhati-hati, takut-takut Umno marah. Saya ingat soal stokin dulu kan, lambatnya dia untuk jumpa pimpinan Umno, apatah lagi dengan Akmal Saleh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika muncul sebagai tetamu bersama Nik Nazmi Nik Ahmad dalam episod terbaru podcast KiniTV Explain Sikit yang dihoskan Mastura Malak dan Zikri Kamarulzaman.

Rafizi turut mengimbas kontroversi penemuan beberapa pasang stoking tertera kalimah ‘Allah’ di kedai serbaneka KK Mart pada tahun 2024 yang mencetuskan polemik.

Ketika isu itu memuncak, Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh antara yang paling lantang membangkitkan perkara berkenaan termasuk menggesa masyarakat Melayu Islam memboikot rangkaian kedai terbabit.

Pemuda Umno juga ketika itu menyeru ahlinya di seluruh negara supaya membuat laporan polis terhadap KK Mart.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading